Wednesday, August 27, 2014

KAPAI

Hujan makin lebat. Kanak-kanak kecil yang bermandi hujan di tepi pondok tadi sudah berlari pulang, riuh sekali mereka gelak ketawa. Namun, kelibat dua insan ini masih kelihatan. Seorang bersila, seorang bersimpuh. Senyap. Merenung jauh, masing-masing tenggelam dalam lamunan sendiri. 
Si jejaka mengambil langkah, memecahkan kesunyian antara mereka. 
"Keyakinan sebelah pihak tiada gunanya."
Si gadis mengetap bibir lalu menjawab;
"Sebagaimana bertepuk sebelah tangan tiada bunyinya?"
Senyap. 
Si jejaka cuba menduga;
"Ya. Dan saya masih tercari, adakah tepukan itu hanya sebelah tangan."
Tertunduk lemah, si gadis menjawab;
"Jawapannya mungkin sudah terbentang depan mata, mungkin juga perlu dicari lagi. Lumrah manusia. Jawapan ya, tidak ataupun tidak pasti. Sering kali bukanlah jawapan yang abadi." 
Si gadis berhenti seketika lalu menyambung katanya;
"Seperti lalang ditiup angin, sering berubah."
Saat itu, si jejaka memandang si gadis lalu bersuara;
"Saya pernah bersuara betapa lemahnya saya dalam pencarian sebegitu rupa. Mungkin sudah jumpa. Mungkin juga tidak. Tapi saya pasti. Tepukan ITU. Bukan sekadar lalang. Punya hati kuat rasakan. Semangat itu."
Si gadis melepaskan keluhan kecil. Bukan tidak mahu bersuara, cuma tidak tahu apa yang harus dikatakan, tidak tahu apa yang perlu diluahkan. 
Si jejaka terus menyoal;
"Mampukah tangan dicapai andai benar ada jarak?"
Senyuman kecil mula terukir di bibir si gadis. Renungan si jejaka dibalas, lalu si gadis menjawab;
"Jarak hanyalah halangan konkrit yang mengaburi mata, yang menguji jiwa."
Tersenyum, si jejaka menambah; 
"Jarak itu subjektif yang menguji kognitif diri. Apa yang perlu cuma kepercayaan, kekuatan paling agung."
Kedua-duanya senyum, merenung ke dalam hujan yang semakin lebat dan terus membisu. Mungkin segala yang perlu diluahkan, sudah diluahkan. Tiada lagi sesalan mahupun persoalan yang menjajah fikiran.

Artwork by Fakhrurrazi
Nota kaki: Hasil perahan otak bersama teman. *peace* 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hi there. Sorry for this sudden appearance, just want to share this, hihi. I just came back from the moon, haha. Thanks for reading! :)



3 comments:

  1. Wow ! Cuti ni karang cerpen ke yenn heheh

    ReplyDelete
  2. wahhh. minat baru? bakat baru? wuuuuuu :B

    ReplyDelete
  3. you own karya? may god, seriously cool literasi bm.. gud luck with your future, yen :)

    ReplyDelete